KKIP POWER SDN BHD- MEMBAYAR DIVIDEN TERTINGGI DALAM SEJARAH SYARIKAT

Y.Bhg Dr Joseph Lee Han Kyun, Pengerusi KKIP Power Sdn Bhd menyerahkan cek dividen kepada YB Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah
Y.Bhg Dr Joseph Lee Han Kyun, Pengerusi KKIP Power Sdn Bhd ( duduk di tengah ) bersama Kumpulan Pengurusan Tertinggi syarikat

Berita Terkini
1hb Ogos 2022

Hari ini KKIP Power S/B mencipta sejarah apabila membayar RM10.5 juta dividen kepada pemegang-pemegang sahamnya.

Ini merupakan dividen tertinggi dalam sejarah syarikat ini.

Dividen ini selaras dengan seruan YAB Ketua Menteri Sabah DSP Hajiji Hj Noor yang mengarahkan semua GLC meningkatkan sumbangan kepada kerajaan negeri bagi mempercepatkan usaha pemulihan ekonomi di ketika ini kita memasuki fasa endemik.

Gambar 1 menunjukkan dividen diserahkan oleh Pengerusi KKIP Power S/B YBhg. Dr Joseph Lee Han Kyun kepada  Timbalan Ketua Menteri Sabah YB Datuk Joachim Gunsalam merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Pengerusi KKIP S/B.

Upacara penyerahan disempurnakan di pejabat Menteri di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu pada 1hb Ogos 2022.

Ditanya kenapa lonjakan pendapatan bersih yang tinggi kali ini Dr Lee berkata ini merupakan hasil kerjasama yang padu dari semua pihak khususnya seluruh ahli lembaga pengarah dan kumpulan pengurusan yang berpengalaman dan berintegriti.

Dividen ini berdasarkan pendapatan sepanjang tahun 2021. Kita sedia maklum tahun tersebut adalah sangat mencabar bilamana kita memasuki tahun ke-2 wabak Covid-19. Tahun tersebut juga Malaysia mulakan vaksinasi bermula dengan golongan barisan hadapan atau ‘front liner’ seperti petugas kesihatan, pegawai keselamatan, dan semua pekerja sektor ‘essential service’.

KKIP Power S/B sebagai pembekal dan pengurus elektrik di Taman Perindustian Kota Kinabalu juga tergolong dalam kategori ‘essential service’. Namun disebabkan permintaan yang tinggi untuk vaksin maka syarikat kami juga terpaksa menunggu giliran.

Dr Lee yang juga seorang doktor perubatan profesional dan pengarah urusan sebuah klinik swasta di Kota Kinabalu telah mengambil inisiatif memastikan semua pekerja mendapat vaksinasi awal bagi mencegah jangkitan dan kuarantin yang pastinya merugikan syarikat malahan mengganggu perjalanan syarikat dalam sektor ‘essential service’. Atas daya usaha ini syarikat ini telah mencapai 100% kadar vaksinasi dalam masa terdekat.

Gambar 2 mempamerkan barisan Kumpulan Pengurusan Tertinggi KKIP Power S/B. Duduk di tengah ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KKIP Power S/B, Y.Bhg. Dr Joseph Lee Han Kyun

……

Published by Datuk Dr. Joseph Lee

KNOW the way , SHOW the way, LEAD the way

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started